Dalam pada itu di Kuala Lumpur, polis menahan empat individu lelaki berikutan kes membakar mercun di tempat terbuka di Pangsapuri Sri Perak, Sentul pada awal pagi Khamis.<br />Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata tangkapan pertama melibatkan mereka yang berusia 44,13, dan 12 tahun.<br />Manakala, seorang lagi suspek lelaki berusia 58 tahun ditahan pada jam 11 malam Khamis yang didapati menjual 130 butir mercun bola serta pelbagai jenis bunga api.
